Profil kolej

logo kvj

Kolej Vokasional Juasseh atau nama ringkasnya KV Juasseh, merupakan sebuah institusi pengajian yang terletak di Jalan Batu Kikir,.

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1984. Kolej ini berkeluasan 30.5 ekar. Pekan terdekat adalah pekan Juasseh dan Batu Kikir manakala bandar terdekat pula adalah Kuala Pilah dan Bahau.

Jarak kolej dari bandar terdekat adalah 12km manakala dari pejabat pelajaran daerah pula adalah 11km. Kolej pada asalnya dikelilingi ladang getah tetapi kini telah diganti dengan kelapa sawit dan kawasan perumahan.

Kolej ini asalnya adalah sebuah estet dan terdapat beberapa buah rumah pekerja termasuk rumah pengurus estet. Sebelum terbinanya estet, sekolah ini merupakan landasan kapal terbang tentera Jepun.

Bangunan asal kolej ini dibina di bawah Colombo Plan. Pada tahun 1984 cuma 9 buah bilik darjah daripada 18 buah kelas sahaja digunakan kerana bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 210 orang dan guru pula seramai 10 orang

Kolej ini mula mendapat bekalan air dan elektrik pada 20 Februari 1984. Pada awal penubuhan kolej ini, beberapa peralatan seni perusahaan yang terdapat di Sekolah Menengah Za’aba dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar turut dipindahkan ke sekolah ini.

Bangunan asal kolej ini terdiri daripada:-

• 2 buah blok bilik darjah dan pentadbiran

• 1 buah dewan besar

• 8 buah bengkel

• sebuah makmal sains

• 3 blok asrama.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>